Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata 12 daerah mencatatkan pertambahan kes jangkitan baharu berbanding 9 daerah yang merekodkan penurunan kes.
“Kota Kinabalu dengan 21 kes (sama dengan angka semalam) dan Papar 16 kes (bertambah 12 kes) adalah dua daerah di negeri ini yang mencatatkan kes jangkitan baharu dua angka.
“Angka jangkitan harian di Kota Kinabalu dan dan daerah sekitar bandaraya di jangka kekal tinggi atau bertambah sehingga minggu pertama bulan Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah berkata
hari ini hanya 9 daerah tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Manakala 16 daerah mencatatkan kes baharu satu angka.
Masidi berkata 76 daripada 78 kes positif hari ini bersamaan 97.44 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
2 kes dalam kategori 3 (jangkitan atau
radang paru-paru tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen) manakala tiada kes dalam kategori 4 dan kategori 5.